Catuan Bekalan Elektrik Di Beberapa Daerah Di Sabah

blackout.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ribuan penduduk terjejas apabila terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan bekalan elektrik terpaksa dicatu.

Menurut SESB Careline, catuan bekalan dilaporkan berlaku di Tawau, Lahad Datu, Beaufort dan Papar manakala, gangguan bekalan elektrik pula berlaku di Kota Marudu dan Kudat.

Antara kawasan yang mengalami catuan bekalan elektrik di Tawau adalah Taman Bukit Tawau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abaka, Kampung (Kg) Lot Sungai Imam, Kg Sri Bombalai, Bombalai Sime Darby, Ladang Sime Darby Bombalai, Kg Pitas, Pg Pitas Kebun Limau, Klining Moulding, Perumahan dan Kilang Master Group, Kg Ria dan Beruang, Kg Melati Burut, Kg Haji Matahir dan Perumahan JKR Jambatan Putih.

Turut mengalami catuan ialah Taman Jen Loong, Taman Bunga Tulip, SMK Tawau, Kg Jawa, TM Berhad Jalan Belunu, Taman Gaya, Taman Gabung, Komersil Gaya, Industri Jalan Kuhara, Taman Green, Taman Emas, Taman Leeka, Taman Anson, Pejabat Jabatan Air Jalan Kuhara, Hotel Promenade, Pejabat LHDN Kuhara Court, Taman Intan Jalan Melati dan SUDC Komersil Jalan Kuhara

Di Lahad Datu pula, catuan bekalan elektrik dilakukan di kawasan Jalan Kilang, Kampung Ipil, Masjid Nurulfalah, Kwantas, POIC, Fordeco Sawmill, Cement Industries dan Lahad Datu Flour Mill.

Sementara itu, kawasan yang terlibat catuan di Papar adalah Pump house Kimanis, Kampung Batu 30 2, Kg Batu 30 3, Kg Lingan Baru, Kg Pampang, Kg Ambawa, Comsa, JPJ Kimanis manakala, kawasan terlibat catuan di Beaufort adalah kawasan Bakalau, Bingkul, Kg Kuari, Quarters JKR dan Beaufort Central.

Catuan bekalan elektrik di semua kawasan yang terlibat mengambil masa selama sejam hingga tiga jam. –Utusan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top