CATATAN DARI SEBERANG: Janji dengan YB

coffee.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Zabidi Saidi

Setiap pagi saya menulis dalam FB saya. Saya menulis bukan kerana wang tapi kerana passion. Sebagai ex-wartawan akhbar Watan saya tidak berpihak kepada mana-mana yb. Saya interview semua yb tak kira yb BN, yb PAS dan yb DAP.

Masa di FMT saya pernah interbiu Steven Sim, yang ketika itu ahli parlimen biasa. Dia mudah diminta komen melalui handphone. Kini beliau Menteri Sumber Manusia. Saya mahu ketemunya tapi nombor handphonenya sudah hilang. Semoga dia masih mesra dengan media seperti dahulu.

Dalam usaha menyiapkan tulisan saya dalam FB setiap hari, saya mahu tulis semua yb tak kira parti politik.

Tanpa diupah sesiapa saya seronok menulis walaupun yb tak beri wang.

Zaman BN saya dibayar beberapa org yb BN untuk menulis dalam tiga blog saya.

BN kalah pada tahun 2018 saya tiada pendapatan. Tapi kerana seronok menulis saya teruskan menulis blog. Zaman pemilihan UMNO ramai yb beri duit kerana mereka nak publisiti. Habis pemilihan UMNO, mereka dah tak kenal saya. Walaupun saya ex-wartawan yang sakit kronik, hanya dua orang yb yang jawab WhatsApp saya. Terima kasih kepada mereka berdua yang prihatin dengan nasib ex-wartawan yang sakit kronik seperti saya.

Semalam saya WhatsApp seorang yb PAS. Dia kata jam 9 pagi dia nak pergi Air Putih. Saya cadang kepadanya jumpa di kedai Pak Awi di simpang masuk tanah lot Pasir Gajah jam 8.30 pagi.

Beliau kata minum di sebelah kedai kopitiam Kemaman di Chukai pada jam 8.30 pagi.

Saya bergegas ke Chukai pada jam 8 pagi. Saya dah umur 64 tahun bawa slow kereta ke Chukai. Hujan, tak boleh laju. Jalan licin. Saya sampai di kedai Kemaman kopitiam pada pukul 8.30 pagi. Yb tiada di situ. Rupa-rupanya dia di kedai nasi dagang sebelah. Yb tak sempat jumpa saya kerana pukul 9 dia ada temujanji di Air Putih. Saya kecewa tak dapat jumpa yb. Lain kali interbiunya kalau dia free. Susahnya nak interbiu yb PAS. Bukan saya tak beri peluang kepada yb PAS muncul dalam FB saya. Tak ada rezeki saya hari tu walaupun terpaksa drive 18km ke Chukai.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top