Carol Dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2023

unduk-ngadau-2023.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Graduan ekonomi kewangan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) , Carol Abbey Gail, 24, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2023 pada sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), yang berakhir di sini, malam tadi.

Carol, yang mewakili daerah Papar menewaskan 49 peserta lain yang turut bersaing bagi merebut gelaran tersebut.

Dengan kemenangan itu beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM16,000 beserta beberapa hadiah iringan termasuk biasiswa pendidikan dari Universiti Kolej North Borneo.

Wakil daerah Kota Marudu Calby Floresa memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga jatuh kepada wakil daerah Tambunan, Clerice Olvia.

Kemenangan itu membolehkan Carol yang juga anak kedua daripada tiga beradik ,membawa pulang hadiah Gelaran Unduk Ngadau Kaamatan tahun lalu dimenangi Freneritta Sobitun.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni. Hadir sama Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Julia Salag.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top