Cari Pendekatan Baharu Tangani Banjir – Bung Moktar

bung-banjir.jpg
Kongsi Bersama

SHAH ALAM: Kerajaan perlu mencari pendekatan baharu bagi menangani isu banjir yang sering berlaku di negara ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin

Beliau berkata, situasi banjir yang kerap kali berlaku di negara ini bukanlah perkara biasa kerana selain faktor perubahan iklim dunia, banjir juga berlaku kerana pembangunan tidak terancang, pengabaian aspek pemuliharaan alam sekitar dan kelemahan penyelanggaran sistem saliran yang tidak sempurna.

Menurut Menteri Kerja Raya Sabah itu, beliau sering kali membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat bahawa isu banjir bukanlah perkara baru tapi ia sudah menjadi satu ancaman kepada negara dan rakyat.

Bung turut serta menurunkan barang-barang keperluan asas dari lori untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat.

“Kerajaan perlu ada perancangan jangka pandek dan jangka panjang untuk menangani masalah banjir di negara ini. Ianya tidak hanya bergantung dengan “ad hoc committee” semata mata tetapi jawatankuasa berkenaan perlu ada perancangan jangka masa panjang untuk menangani isu banjir,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan keperluan asas daripada UMNO Sabah untuk mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda Shah Alam dan Kampung Labihan Dagan Banting di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berpandangan dalam masa yang sama Kerajaan perlu bertindak untuk melengkapkan aset-aset kelengkapan bantuan penyelamat dan anggota agar bila berlaku banjir luar biasa ianya cepat digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO meminta sektor korporat dan badan-badan NGO agar turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah daerah di Selangor yang terjejas teruk oleh kejadian banjir yang berlaku minggu lepas.

Bung mencatat keperluan-keperluan yang diajukan oleh beberapa penduduk di kawasan yang terlibat.

Katanya, bukan sahaja bantuan dalam bentuk kewangan yang diperlukan tetapi bantuan-bantuan lain amat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir ini, termasuklah tenaga sukarelawan untuk membersihkan kekotoran dan sampah sarap di dalam rumah kesan daripada banjir yang berlaku.

“Meskipun banjir mula surut namun mangsa-mangsa banjir masih memerlukan sumbangan berterusan kerana tugas pada fasa pasca banjir lebih mencabar berbanding keadaan semasa banjir. Penduduk yang terjejas bukan sahaja perlukan bantuan terapi sokongan moral dan kita wajar buktikan semangat Keluarga Malaysia membantu mereka,” katanya.

Tambah Bung, UMNO sendiri diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut padang membantu mangsa-mangsa banjir selain bantuan keperluan asas dan kerja-kerja pembersihan yang digerakkan oleh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top