Cari cara mengira hasil cukai bersih yang perlu dibayar kepada Sabah – SSK

40-percent.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pegawai-pegawai kerajaan persekutuan digesa untuk ‘duduk dan menyusun mekanisme’ bagi mengira jumlah geran khas yang perlu dibayar kepada Sabah.

Ketika membuat gesaan itu bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) berkata desakan rakyat Sabah untuk berkongsi hasil cukai bersihnya tidak ada kaitan dengan jumlah itu tetapi dengan apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Adakah kerajaan persekutuan bersetuju dengan formula itu? Sekiranya mereka bersetuju, maka mereka harus duduk dan memikirkan mekanisme pengiraan jumlahnya,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh FMT hari ini.

Salleh yang juga bekas menteri kanan persekutuan dan kini ADUN Usukan seterusnya berkata rakyat Sabah hanya mahu Putrajaya menghormati hak perlembagaannya.

Komen beliau dibuat sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Jumaat bahawa peruntukan persekutuan RM16 bilion untuk Sabah tahun ini adalah melebihi 40 peratus hasil bersih negeri yang dituntut oleh Sabah.

Pada Khamis, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima DrJeffrey Kitingan berkata Sabah akan membuat pengiraan sendiri, setelah lapan kali meminta Putrajaya untuk menyediakan data yang diperlukan.

Kitingan berkata kerajaan negeri dan persekutuan masih belum mencapai resolusi berhubung perkara itu, dengan tarikh akhir setahun untuk menyelesaikan isu tertunggak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 semakin hampir.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top