Cara Kerja Kontraktor Sebabkan Dr Yusof Tidak Yakin Pan Borneo Pakej Sabah Siap Tahun Depan

dr-yusof.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Cara bekerja kontraktor yang lambat, tidak profesional, tidak teratur (tersusun) dan berkualiti rendah menjadi antara sebab kenapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob was-was pakej fasa satu Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dapat disiapkan akhir tahun depan sebagaimana jadual Kementerian Kerja Raya Sabah.

Mengucapkan terima kasih kepada menteri Kerja Raya kerana memberi jaminan 15 pakej Pan Borneo akan siap menjelang akhir tahun 2024, Yusof bagaimanapun berkata, “Melihat ‘progress’ yang ada, saya tidak yakin ia boleh siap seperti yang dinyatakan.

“Sebagai orang awan yang melihat cara kontraktor bekerja tidak profesional, tidak mengikut susunan dan pada kualiti yang rendah, saya was-was ia boleh siap tahun depan,” katanya.

Beliau turut membangkitkan sikap kontraktor yang tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna dengan membiarkan kerosakan dan jalan dalam keadaan bahaya yang berpanjangan sehingga mengakibatkan banyak kemalangan dan kerosakan kenderaan pengguna.

Beliau berkata demikian dalam ucapan usul terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin atas ucapan dasar kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Selasa.

“Rakyat tidak membantah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tetapi projek perlu siap mengikut jadual dan tidak menyusahkan pengguna walaupun dalam masa pembinaan.

“Rakyat memohon supaya pemantauan Jabatan Kerja Raya sentiasa dibuat dan peraturan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya.

Yusof turut membangkitkan kerosakan jalan raya di bawah pemantauan syarikat konsesi yang tidak diselesaikan.

Berikutan itu, beliau mencadangkan kerajaan mengkaji semula konsesi sedia agar lebih cekap atau ditamatkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top