Cara Dr SSK Raikan Bulan Kemerdekaan, Menarik dan Tersendiri

ssk-1.jpg
Kongsi Bersama

Banyak cara orang meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan yang sedang bersemarak sekarang.

Tetapi cara yang dipilih oleh mantan menteri KKMM, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said (Dr SSK) agak menarik dan jarang-jarang dilakukan oleh orang perseorangan.

Menggunakan akaun laman sosial Facebooknya, Dr SSK menganjurkan Peraduan Sajak Merdeka SSK, yang dibuka bukan sahaja kepada sahabat-sahabar FBnya, tetapi juga kepada umum.

Peraduan yang telah pun diumumkan pemenangnya itu menawarkan hadiah wang tunai kepada sepuluh pemenang.

Dr SSK, yang patriotismenya sering terpancar menerusi tulisan-tulisan di blognya sallehsaid.com, menjadikan ‘merdeka’ sebagai tema peraduan sajaknya itu.

Sebelum ini, pada Julai lalu, beliau menganjurkan Peraduan Pantun Raikan Kita SSK juga melalui laman FBnya.

Semoga usaha murni Dr SSK ini dicontohi ramai kerana selain menggalakkan pengguna media sosial memanfaatkan masa luang, ia juga membantu menyuburkan semangat patriotik dan pada yang sama warisan budaya bangsa seperti pantun, puisi dan sebagainya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top