CanSino: Shareda Puji Usaha Utamakan Sabah

chua-soo-pin.jpg

Chua

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengumuman Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin dos tunggal Covid-19, CanSino apabila bekalan tiga juta dos diterima Malaysia pada Ogos merupakan berita baik, kata Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda).

Mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri atas usaha mereka untuk mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) di Sabah, Presidennya Datuk Chua Soon Ping berkata langkah itu akan membantu Sabah mencapai imuniti berkelompok dengan lebih cepat.

“Ia (vaksin satu dos) ini penting untuk kita dapat mencapai masyarakat di kawasan luar bandar dan pulau terpencil, di mana pergerakan mereka terjejas disebabkan keadaan kawasan yang agak sukar dimasuki dan terpencil,” katanya.

Chua mengulas mengenai jaminan diberikan oleh Menteri Penyelaras Pick Khairy Jamaluddin kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengenai vaksin CanSino semasa perbincangan dalam talian antara kedua-dua pemimpin terbabit, baru-baru ini.

Dalam usaha memberikan vaksin di kawasan sukar dijangkau, Chua berkata Kerajaan boleh menggunapakai usaha sama untuk mencapai rakyat semasa pilihan raya.

Katanya, agensi mempunyai sumber dan tenaga untuk mencapai pengundi bahkan di daerah jauh terpencil untuk mendapatkan undian, dan, dengan itu, pendekatan sama harus digunakan untuk vaksinasi.

“Pihak berkuasa kesihatan juga boleh menggunakan helikopter seperti ‘Khidmat Doktor Terbang’ dan unit kesihatan bergerak untuk meliputi daerah jauh terpencil,” katanya.

Chua juga bersetuju dengan cadangan mengubah bas pelancongan menjadi unit vaksinasi bergerak atau menggunakannya untuk mengambil dan mengambl mereka yang dijadualkan untuk vaksinasi.

Katanya, semua pekerja di pusat pentadbiran vaksin mesti perlu diiinokulasi untuk mengelakkan jangkitan besar-besaran seperti yang berlaku di Selangor.

Rakyat, tambahnya, juga mesti belajar menerima bahawa virus itu masih ada walaupun sudah mencapai imuniti berkelompok.

“Tetapi dengan vaksin, impak dan kadar kematian akan minimum,” katanya.

“Semua orang mesti bekerjasama untuk melandaikan graf jangkitan dan kita semua perlu mematuhi SOP yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.” – DE/WO

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top