CanSino Akan Percepatkan Vaksinasi di Sabah

yong.jpg

KOTA KINABALU, 14 Jan -- Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee turut hadir di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini hari ini pada hari pertama prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat masalah pendatang tanpa izin asing di Sabah. RCI diberitahu bahawa kerajaan telah menubuhkan Unit Penempatan (Settlement Division) di Jabatan Ketua Menteri bagi menjaga hal ehwal pelarian dari Filipina di Sabah. -- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) berterima kasih atas penghantaran pertama 200,000 vaksin CanSino 1 dos yang tiba dalam bentuk ‘Produk Siap’ yang diterima daripada pembekal CanSino Biologics, China kelmarin.

Vaksin Covid-19 satu dos pertama di Malaysia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH361 pada pukul 8.43 pagi Jumaat.

Menurut Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, vaksin CanSino akan dapat mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah, terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang mempunyai kesukaran akses ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ke bandar terdekat. Vaksin dos tunggal akan mengelakkan beban perjalanan dua kali jika vaksin 2 dos digunakan.

“Kejayaan program vaksinasi akan membawa pemulihan ekonomi lebih awal yang sangat diperlukan,” kata Yong yang juga merupakan ADUN Dilantik.

Katanya, Ketua Menteri Sabah sebelum ini telah menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Sabah telah memohon 1.8 juta vaksin CanSino.

Yong mencadangkan agar vaksin dihantar terus dari Beijing ke Kota Kinabalu tanpa perlu melalui KLIA.

“Ini untuk mengelakkan kemungkinan vaksin dihantar ke tempat lain,” katanya. –Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top