CanSino Akan Percepat Proses Vaksinasi – Shahelmey

CanSino-vaksin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan penghantaran vaksin jenis CanSino ke Sabah dalam usaha berterusan mempercepat proses vaksinasi di kalangan rakyat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, penghantaran vaksin jenis satu dos tersebut amat bersesuaian dalam meningkatkan kadar vaksinasi terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan program outreach.

“Saya sangat mengalu-alukan penghantaran vaksin ini ke Sabah terutamanya untuk kegunaan di kawasan-kawasan pedalaman yang sukar untuk dihubungi.

“Ia sesuai diberikan kepada penduduk kawasan yang sukar untuk dihubungi agar proses pemberian dan penerimaan vaksin itu dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efisien.

“Saya berharap dengan adanya vaksin jenis satu dos ini, maka kadar penerima vaksin lengkap bagi negeri Sabah boleh dipercepatkan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga merupakan Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata Sabah telah menerima agihan vaksin jenis CanSino bermula bulan ini.

Jelasnya, penghantarannya ke Sabah akan dilakukan secara berperingkat.

“Difahamkan Sabah telah mula menerima sebanyak 180,000 dos vaksin jenis CanSino pada bulan ini.

“Jumlah ini merupakan penghantaran awal dan akan ditambah lagi pada waktu terdekat, ” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk terus sama-sama berjuang dalam melandaikan penularan wabak Covid-19 ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top