Calon Warisan PRN Johor Akan Diumum Bila Tiba Masanya

shafie.jpg
Kongsi Bersama

JOHOR BAHRU: Parti Warisan (Warisan) akan mengumumkan bilangan kerusi yan ditandingi dan senarai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila tiba masanya.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, beliau belum dapat maklumkan berapa kerusi akan ditandingi namun, Warisan ingin tampil sebagai pilihan buat rakyat Johor.

Calon-calon yang dikenal pasti sudah pun mula bergerak namun, pengumuman senarai calon hanya akan dibuat apabila tiba masanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Warisan tidak berhasrat mengambil alih kerajaan Johor sebaliknya, hanya ingin membuat persediaan menjelang PRU-15.

“Kita mahu memberi pilihan kepada rakyat kerana kita nampak pilihan yang ada di Melaka dan Sarawak iaitu Pakatan Harapan (PH) ditolak oleh rakyat. Rakyat tidak mahu turun mengundi kerana tiada pilihan maka, kita pilihan yang ada,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Warisan Bahagian Johor malam tadi.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, sama ada Warisan bertanding solo mahukan bekerjasama dengan parti lain, ia akan diputuskan kemudian kerana beliau sudah berbincang bersama Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) namun, belum ada keputusan dicapai.

Apa pun, Warisan meletak kepercayaan kepada rakyat untuk menentukan bukan hanya di Johor, tetapi di Malaysia menjelang PRU15.

“Bukan Barisan Nasional (BN), PH mahupun Perikatan Nasional yang akan mengubah negara ini sebaliknya, rakyat yang boleh mengubahnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, rakyat tidak boleh menyamakan Warisan dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah bertanding di Pulau Pinang dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang pernah bertanding di Perak.

“Walaupun Warisan dikatakan datang daripada Sabah, namun saya adalah pemimpin nasional yang sudah berkhidmat kepada negara ini selama lebih 30 tahun.

“Maka, rakyat kenal saya bukan tetapi, PBS berlainan kerana Tan Sri Pairin Kitingan selaku Presiden pada masa itu tidak dikenali rakyat di Semenanjung,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Penyelaras Warisan Johor Suhaimi Salleh dan bekas ADUN Skudai, Wong Siew Poh. – Borneo Today

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top