Calon Warisan Nafi Mesej Tular Guna Politik Wang

afsar.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu Mohd Afsar Abd Latif menafikan mesej tular mendakwa dirinya melaksanakan kempen politik wang untuk meraih undi di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, mesej yang tular sejak kelmarin itu adalah palsu dan ianya bersifat cuba menjatuhkan dirinya dan WARISAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Sudah dua kali saya kena termasuklah mesej pihak saya akan menyelesaikan bil air dan elektrik tanpa jumpa jentera kerana adanya program bantuan yang ditanggung oleh saya.

“Pada hari ini pula, tular lagi mesej berkaitan saya mahu memberi sumbangan minyak petrol untuk motosikal dan kereta di stesen minyak yang menyebabkan saya menerima banyak panggilan daripada pengundi Tanjung Batu,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya sudah tampil membuat laporan polis untuk tindakan bahawa “kami tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu”.

Sementara itu Afsar yang akan ditentang lima calon pesaing bagi kerusi DUN Tanjung Batu akan berusaha membawa aspirasi suara golongan muda untuk diketengahkan ke peringkat atasan.

“Selain melihat isu keperluan golongan muda di kawasan ini terutamanya meneroka peluang pekerjaan yang boleh dibangunkan, kemudahan infrastruktur asas juga masih menjadi fokus utama,” katanya. -Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top