KOTA KINABALU: Calon PBS bagi DUN Moyog, John Chryso Masabal, nafi partinya menarik daripada pertandingan untuk kerusi itu, selepas tular mesej mendakwa beliau berbuat demikian di WhatsApp.
Masabal beritahu PBS masih bertanding, menepis mesej tular itu sebagai kerja askar siber.
“Tidak tidak, tidak betul. Kami masih jalan sini, mana ada PBS tarik diri, sudah separuh jalan, kami kuat di Moyog,” katanya kepada FMT.
Mesej itu mendakwa PBS menarik diri dari Moyog, yang terletak bawah Parlimen Penampang, dan akan bekerjasama dengan parti komponen Perikatan Nasional, STAR, untuk memenangkan calon parti itu, Joe Suleiman.
Selain Joe, Masabal berdepan Darell Leiking dari Warisan, William Sampil dari Parti Cinta Sabah, dan Marcel Annol dari LDP. -FMT
Komen