Calon BN P169 Bertemu Jentera PDM

DARD-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Calon Barisan Nasional (BN) P169 Kota Belud Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan (DARD) dan rombongan berkunjung ke beberapa PDM di kawasan parlimen tersebut bagi bertemu jentera dan penyokong untuk menerangkan apakah misi dan visinya yang mendorong beliau kembali menawarkan diri bertanding semula pada PRU15 ini.

Antara PDM itu ialah PDM Pandasan, PDM Timbang dan PDM Rampayan Ulu.

DARD pernah mewakili Parlimen Kota Belud selama dua penggal sehingga tahun 2018. Bagaimanapun pada PRU yang diadakan pada tahun tersebut, beliau ‘meninggalkan’ Parlimen Kota Belud kerana dicalonkan oleh BN di Parlimen Sepanggar.

Semasa mewakili Parlimen Kota Belud, bekas menteri persekutuan itu melaksanakan pelbagai program pembangunan demi faedah rakyat.

Walau bagaimanapun pelbagai lagi agenda yang dirancang oleh beliau tidak dapat dilaksana apabila tidak lagi mewakili Kota Belud.

Beliau bertekad untuk meneruskan agenda-agenda yang belum selesai itu sekiranya dipilih mewakili Parlimen Kota Belud semula.

Dalam kunjungan ke PDM-PDM tersebut juga DARD menerangkan mengenai susur galur keluarganya yang juga merupakan anak jati berasal dari Kampung Merabau dan Kampung Taun Gusi Kota Belud.

Sementara itu tuduhan pihak lawan yang mendakwa DARD tidak mendapat sokongan dari GRS dan ADUN BN sendiri terbukti palsu dan sekadar provokasi yang dicipta oleh pihak lawan kerana pemimpin-pemimpin GRS dan BN tempatan tampil menyatakan sokongan seratus peratus kepada beliau.

Mereka berikrar berganding bahu memastikan beliau menang besar pada PRU ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top