Calon BN Lumadan Cukup Segala Syarat – Bung Moktar

bung-3.jpeg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Rakyat di kawasan dewan negeri Lumadan diingatkan agar memilih calon yang berpengalaman serta mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin persekutuan .

Pengerusi Barisan Nasional Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata dalam memenuhi keteria tersebut ,untuk memilih calon dalam Pilihanraya Negeri pada 26 September ini sudah pasti Datuk Kamarlin Haji Umbi memenuhi syarat tersebut selain dekat di hati rakyat.

Katanya selain berpengalaman beliau juga berpendidikan yang boleh diapklasikan bagi merancang dan melaksanakan pembangunan yang lebih mampan khususnya untuk kesejahteraan rakyat di Lumadan .

” Beliau pernah menjadi Pembantu Menteri di era pemerintahan BN menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sehingga kini yang sudah tentu kaya dengan pengalaman untuk mengurus takbir keperluan rakyat” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi Bangkalalak dekat sini kemarin.

Hadir sama calon BN DUN Lumadan Datuk Kamarlin Haji Ombi,dan Ketua Pergerakan. Pemuda BN/UMNO Sabah Ir.Abdul Aziz Julkarnain.

Tambah Bung yang juga Ketua Umno Sabah ,seseorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dan rapat dengan pemimpin pusat juga penting agar masalah rakyat dan peruntukan untuk kawasan yang diwakili dapat disampaikan secara langsung kepada pemimpin pusat melalui kementerian yang berkaitan .

Dalam pada itu Kamarlin berkata beliau ingin menaruskan agenda serta misi yang tertangguh seketika apabila bila beliau tidak di calonkan pada PRU 14.

Katanya ,penampilan beliau pada PRN kali ini adalah ‘comeback’ selepas tidak dicalonkan semula pada PRU ke 14 lepas.

Beliau berkata semasa beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu banyak perancangan pembangunan yang tergendala untuk dilaksanakan.

Tambahnya wakil rakyat sebelum ini Matbali Musah juga turut merancang dan mencadangkan pelbagai pembangunan projek kepada kerajaan ,bagaimanapun sikap kerajaan negeri yang diterajui oleh Warisan seperti menganaktirikan kawasan tersebut menyebabkan apa yang dirancang dan dipohon tidak mendapat perhatian sewajarnya dari kerajaan.

“Lebih memburukkan keadaan jalinan kerjasama dan hubungan antara kerajaan pusat dan negeri tidak sehaluan menyebabkan peruntukan dari kerajaan pusat tidak selaras ” katanya.

Sehubungan dengan itu Kamarlin meminta rakyat Lumadan agar memberikan sokongan padu kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri apa yang dirancang dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan itu.- buletinsabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top