Calon BN DUN Pitas Sah Positif Covid-19

Sufian-Abd-Karim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Calon BN DUN Pitas, Sufian Abd. Karim mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan meminta semua kontak rapat menjalani ujian saringan.

Beliau membuat pengesahan itu menerusi entri Facebook miliknya, pukul 11 pagi Sabtu.

“Saya, Sufian Abd Karim, calon BN bagi N.03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan ujian Covid-19 dan telah disahkan positif Covid-19.

“Saya memohon maaf kepada semua pengundi, petugas, jentera, rakan-rakan dan saudara-mara yang telah membantu sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau juga meminta semua pihak doakan semoga dirinya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera.

Ketika ini, penduduk Sabah sedang memilih wakil rakyat masing-masing menerusi Pilihan Raya Negeri yang berlangsung sehingga pukul 5 petang ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top