Cadangan Taman Perindustrian Antarabangsa Bernilai RM10bil Di Kimanis

CM-pelabur.jpg

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bergambar bersama wakil Kina Ventures dan pelabur Taiwan yang hadir pada kunjungan hormat itu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat tempatan Kina Ventures Sdn Bhd dan kumpulan pelabur dari Taiwan merancang untuk bekerjasama membina cadangan Taman Perindustrian Antarabangsa Sabah seluas 20,000 ekar bernilai RM10 bilion di Kimanis dalam usaha sama dengan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat mengenai perkara ini semasa kunjungan hormat delegasi bersama Kina Ventures dan pelabur Taiwan diketuai Pengerusi Kina Ventures Datuk Maijol Mahap di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Menerusi taklimat itu, beliau diberi penerangan mengenai keseluruhan pembangunan berkenaan yang apabila siap akan mempunyai unjuran nilai pembangunan kasar akhir kira-kira RM200 bilion.

Selain itu, puluhan ribu peluang pekerjaan dan perniagaan akan diwujudkan untuk rakyat tempatan dengan hasil cukai jangka panjang yang lumayan kepada kerajaan negeri.

Taman perindustrian yang dicadangkan itu juga bertujuan agar pelabur tempatan dan antarabangsa dapat menubuhkan kilang pembuatan dan pemprosesan, kedai serta pejabat bersama dengan dataran komersial dan pembangunan kediaman.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pelabur datang dan melabur di Sabah selaras dengan dasar mesra pelabur negeri ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top