Cadangan pembinaan Landasan Trans-Borneo, Sipitang akan terima impak pertumbuhan ekonomi – Dr Yusof

dr-yusof-1.jpg

Dr Yusof di Program Iftar di Surau Kampung Lumut, Sipitang, kelmarin.

Kongsi Bersama

SIPITANG: Cadangan pembinaan Landasan Trans-Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan akan memberikan impak pertumbuhan ekonomi kepada daerah Sipitang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang menyambut baik cadangan itu berkata, ia disebabkan kedudukan daerah Sipitang sebagai pintu masuk pengunjung dari Sarawak, negara Brunei dan Kalimantan Indonesia.

“Sebagai daerah terletak di sempadan, kawasan pertama di Sabah menerima pengunjung dari Sarawak, Brunei dan Indonesia sudah tentu ia satu perancangan baik,” kepada media ketika ditemui pada Program Iftar di Surau Kampung Lumut dekat sini,kelmarin.

Beliau diminta mengulas cadangan sebuah syarikat dari Brunei untuk membangunkan landasan itu membabitkan laluan 1,620 kilometer yang akan dilaksana dalam dua fasa dan dilengkapi kereta api berkelajuan tinggi mencecah 350 kilometer sejam.

Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) berkata, cadangan itu masih di peringkat awal dan pihak syarikat dari Brunei ada berjumpa dengannya mengenai pembinaan landasan Trans-Borneo ini.

“Kita sedang berunding bagaimana untuk laksanakan landasan Trans-Borneo ini dan mengikut Menteri Kerja Raya, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khas untuk memastikan kebolehlaksanaan cadangan ini.

“Pelaksanaan pembinaan landasan ini bukan biasa disebabkan keadaan geografi bumi Sabah dan Sarawak yang berbukit bukau, bergunung-ganang.

“Sudah tentu akan menelan belanja tinggi termasuk membabitkan pembinaan terowong, jambatan panjang dan pelbagai’kemudahan yang sudah tentu bukan mudah,” katanya.

Beliau berkata, perlu dimaklumkan juga apa bentuk kordinasi antara Sabah, Sarawak, Bunei dan Kalimantan sendiri supaya kesalinghubungan lancar.

“Sudah tentu ia membabitkan kos tinggi dan kita mahu tahu siapa akan menganggung kos ini sama ada Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau melalui kaedah lain,” kata Yusof sambil menambah pembinaan landasan Trans-Borneo itu akan mengambil masa. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top