Cadangan Pelancongan ‘Berhantu’ Akan Diteliti – Jafry

rumah-keith.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, berkata beliau sudah mengarahkan Jabatan Muzium untuk meneliti lebih terperinci sebelum konsep pelancongan berteraskan kegelapan atau “dark tourism” dilaksanakan di Sabah.

Katanya, ia susulan reaksi banyak pihak berhubung cadangan untuk membangunkan Rumah Agnes Keith, di Sandakan, sebagai “dark tourism”.

“Saya ingin tegaskan, bahawa ia adalah satu cadangan untuk menambah nilai setiap destinasi pelancongan di Sabah menerusi kaedah ‘story-telling’.

Jafry

“Ia juga termasuk usaha untuk mempromosi tempat pelancongan dengan menonjolkan cerita, mitos dan legendanya kepada pelancong.

“Ramai yang agak terkejut dengan cadangan itu kerana mungkin kurang faham dengan konsep pelancongan itu,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Jafry berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Muzium membuat penelitian terperinci kesesuaian cadangan sebelum ia dilaksanakan.

Katanya, ia termasuk mendapatkan pandangan pemain industri pelancongan di negeri itu.

“Program E-seram ini hanyalah untuk memberi peluang kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman baharu dengan bermalam di Rumah Agnes Keith seterusnya mengetahui lebih dalam mengenai sejarah penulis terkenal Amerika Syarikat itu bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George.

“Program ini tidak sama sekali menjejaskan nilai warisan Rumah Agnes Keith malah akan menarik lebih ramai pengunjung terutama yang mempunyai minat mendalam terhadap sejarah,” katanya.

Beliau berkata, konsep “dark tourism” sebelum ini telah lama wujud di Sabah termasuk Tugu Peringatan Perang Kundasang bagi memperingati 2,428 tentera Australia dan British yang terkorban ketika perang dunia kedua di kem tahanan perang Sandakan.

“Kita mempunyai banyak tempat pelancongan menarik, pulau yang cantik, gunung yang indah, namun di sebalik keindahan ini ada satu jenis pelancongan yang kurang menarik iaitu melawat kawasan yang mencatatkan sejarah tragedi, kekejaman, atau mengerikan dan ia dikenali sebagai ‘dark tourism’.

“Oleh itu, bagi yang mempunyai minat mendalam dengan sejarah, maka Rumah Agnes Keith pastinya destinasi menarik untuk dikunjungi,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top