KOTA KINABALU: Korporasi Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) telah meluluskan cadangan projek pelaburan berjumlah RM15 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dengan pelaburan sebesar itu, ia sudah pasti akan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Katanya, selain kemudahan Gas Asli Cecair (LNG) pesisir pantai oleh Petronas, projek-projek lain yang juga diluluskan termasuklah fasiliti pemprosesan oleokimia bersepadu, memproses pengeluaran silikon logam serta perkhidmatan sokongan berkaitan seperti pengurusan sisa dan marin.
Ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SOGIP di Menara Kinabalu hari ini, Hajiji menjelaskan selari dengan Hala Tuju pembangunan Sabah Maju Jaya, kerajaan negeri komited untuk membangunkan industri hiliran dengan memberikan tumpuan kepada pelaburan terhadap sumber sedia ada termasuklah minyak dan gas selain manfaatkan kemudahan SOGIP.
“Aspirasi kerajaan negeri akan tercapai dengan kewujudan jawatankuasa baharu ditubuhkan iaitu Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) yang berobjektifkan pemerkasaan penjanaan pendapatan dari minyak dan gas, penyertaan dalam rangkaian bernilai sektor minyak dan gas dan pembangunan industri berkenaan di Sabah,” katanya.
Menurutnya, lokasi strategik SOGIP telah menarik ramai pelabur baharu. Gas asli yang terdapat pada SOGIP juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti kepada graduan menganggur serta menyediakan platform perniagaan kepada pemaju tempatan.
A