Cabul dua pelancong asing, pemandu pelancong ditahan

polis.jpg
Kongsi Bersama

SEMPORNA: Seorang pemandu pelancong ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap dua pelancong wanita warga asing di sebuah pulau peranginan, di sini, semalam.

HMetro melaporkan Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun itu ditahan 7.30 malam tadi, susulan laporan dibuat kedua-dua mangsa.

Menurutnya, berdasarkan keterangan kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 18 dan 22 tahun itu, kejadian berlaku ketika mereka mereka melakukan aktiviti memancing dan selam snorkel di pulau peranginan terbabit.

“Kejadian pertama didakwa berlaku ketika mereka memancing kira-kira 10.12 pagi manakala kejadian berikutnya pada 3.30 petang semasa melakukan aktiviti snorkeling (selam snorkel).

“Ketika memancing, suspek menyentuh payu dara dan menggesel kemaluannya ke paha mangsa, serta mengulangi perbuatan sama ketika melakukan aktiviti snorkeling,” beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Farhan berkata, siasatan mendapati suspek adalah pendatang asing tanpa izin dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah.

Berikutan itu katanya, polis turut menahan pengurus syarikat pelancongan tempat suspek bekerja kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen dan permit yang sah.

“Kedua-dua mereka ditahan reman empat hari sehingga 27 Oktober untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top