Cabaran Logo GPS Dipertandingkan Buat Pertama Kali

logo-GPS.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Tidak dinafikan adalah menjadi satu cabaran besar menggunakan logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanding buat kali pertama di Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, logo GPS dengan lambang burung kenyalang telah dipamerkan di seluruh pelusuk negeri semenjak parti itu dilancarkan, dan masyarakat mula menerima dan mengenali logo tersebut.

Namun katanya, sedikit keraguan menjelang PRN kelak apabila terdapat sebuah lagi parti menggunakan logo melambangkan burung kenyalang walaupun berbeza warna.

“Ada sedikit keraguan walaupun warnanya tidak sama..yang membezakan adalah logo kita ada tertulisnya GPS di bawah gambar burung kenyalang..Saya nampak selama tiga tahun, masyarakat sudah menerima dan mengenali logo itu termasuk di luar bandar”

Demikian ujarnya ketika menjawab soalan yang diajukan menerusi satu wawancara khas beliau bersama media di Kuching baru-baru ini.

Di samping itu, memandangkan Sarawak akan memasuki era digital, tegas Ketua Menteri, rakyat perlu terus menyokong GPS untuk kesinambungan dasar-dasar kepimpinannya yang sedang dan akan dilaksanakan.

Beliau turut mengakui bahawa beberapa projek seperti jalan raya dan jambatan mengalami kelewatan untuk disiapkan disebabkan pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan berkaitan, apabila ditanya mengenai seruan dan harapan kepada pengundi sebelum menjalani tanggungjawab menghadapi PRN12 katanya, kuasa pemilihan beliau serahkan sepenuhnya kepada rakyat Sarawak dan berharap agar tiada perkara yang tidak diingini seperti yang telah berlaku dibawah kerajaan Pakatan Hadapan (PH) terdahulu.

“Saya serah kepada orang Sarawak.. Arwah Adenan ada mengatakan tidak ada orang lain dapat jaga Sarawak melainkan anak Sarawak sendiri”

“Bagi pihak GPS, kita belajar dari apa yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dahulu”

“Saya minta supaya jangan pisang berbuah dua kali..kita jaga kita sendiri, kita bangunkan negeri kita dan seterusnya kita latih pemimpin pelapis”

“Pemimpin bertukar ganti tetapi khidmat kita membangunkan negeri tanggungjawab kita bersama.” – Sarawak Voice

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top