Buruh Kurang, Kos Meningkat Jejas Peladang Sawit Sabah

sawit.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Industri kelapa sawit di Sabah berdepan masa sukar susulan penurunan hasil buah tandan segar sawit (FFB) dan penghasilan minyak.

Kekurangan pekerja ladang menyebabkan sejumlah besar FFB tidak dapat dituai, menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur Thomas Lim.

“Pandemik Covid-19 memburukkan lagi keadaan dengan hasil pendapatan keseluruhan hilang dianggarkan mencapai 20%,” katanya kepada FMT.

Kekurangan buruh dalam industri itu bukan perkara baharu. Perladangan di Sabah hanya membenarkan penggajian pekerja asing dari Indonesia dan Filipina, selain kekurangan tenaga kerja melebihi 20%, terutama bagi penuai.

Hakikatnya pekerja tempatan hanya sekitar 15% dalam sektor perladangan itu.

Kecenderungan memilih pekerja asing susulan pengalaman dan kemahiran dimiliki dalam proses menuai buah, selain berkemampuan bekerja lebih pantas berbanding pekerja tempatan.

Pekerja asing juga sanggup bekerja di kawasan ladang yang terletak dalam kawasan terpencil. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top