Bung tolak tawaran sertai Kabinet, tumpu usaha kukuhkan UMNO Sabah

IMG-20230906-WA0001.jpg

Bung Moktar

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar mendedahkan beliau menolak tawaran menyertai Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ingin menumpukan usaha memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Katanya, tawaran itu membuktikan tidak timbul isu bahawa UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan Kabinet Persekutuan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu malah menyifatkan isu itu hanyalah persepsi negatif yang ditimbulkan sekadar untuk melemahkan kesepaduan dalam UMNO.

Dalan rombakan Kabinet pada Selasa lalu seorang pemimpin UMNO Sabah iaitu Datuk Siti Aminah Aching digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Ahli Parlimen Beaufort itu menyertai Kabinet pada Disember tahun lepas.

Menurut Bung Moktar barisan Kabinet baharu menampilkan dua wakil UMNO dilantik iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi manakala, Datuk Noraini Ahmad sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Pelantikan ini dilakukan atas kapasiti mereka dalam organisasi parti, Johari sebagai Naib Presiden UMNO dan Noraini sebagai Ketua Wanita.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kuasa melantik Jamaah Kabinet Persekutuan adalah hak mutlak Perdana Menteri maka, keputusan yang dibuat tidak seharusnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Pihak luar hanya pandai membuat persepsi. Kita di dalam lebih maklum tujuan mereka hanya ingin melemahkan UMNO khususnya di Sabah. Maka, andaian ahli UMNO Sabah terpinggir adalah satu tanggapan negatif yang bertujuan melemahkan UMNO Sabah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top