KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Isnin menerima kunjungan hormat Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Datin Maizatul Akmam Alawi @ Ad Badawi di pejabat Umno Sabah.
Maizatul yang mewakili menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad semasa perjumpaan tersebut turut memaklumkan kepada Bung yang juga Ketua Umno Sabah beberapa program Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi di bawahnya, antaranya bantuan kepada pelajar asnaf melalui PTPTN.
Selain itu Unit Pendaftaran Unversiti (UPU) memberikan pengecualian pembelian PIN di BSN.
Turut disentuh dalam perjumpaan tersebut pelantikan Ahli Lembaga Penasihat Kolej Komuniti di Sabah dan bantuan kepada mahasiswa semasa kemasukan semula ke kampus.
Selain itu Maizatul Akmam juga memaklumkan mengenai gerak kerja Wanita UMNO.
Pada pertemuan itu Bung turut merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana turut memberikan perhatian kepada usaha membantu meringankan beban ibu bapa dan pelajar dengan pelbagai insiatif yang diberikan ketika negara berhadapan dengan masalah ekonomi berikutan penularan pandemik Covid-19.