Oleh: Jaafar Abd Wahid
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat lepas menerima dua kunjungan hormat berasingan di pejabat beliau di Kementerian Kerja Raya, Sembulan Kota Kinabalu.
Kunjungan hormat pertama dari Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali bersama rombongan di mana dalam perjumpaan tersebut pelbagai isu turut dibincangkan termasuklah isu-isu keselamatan terutama di Pantai Timur Sabah.

Bung dalam perbincangan dengan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga.
Kunjungan hormat yang kedua pula dari Puncak Niaga Holdings Berhad yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.
Pada pertemuan ini pelbagai isu dibincangkan terutamanya masalah air di Sabah . Puncak Niaga Holdings Berhad bersedia menawarkan cadangan untuk menambah baik dan meningkat tahap perkhidamatan bekalan air terawat di Sabah. Hadir Sama pada perjumpaan tersebut Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury, Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo dan Pengarah Kerja Raya Sabah Ir Ali Ahmad Hamid.