Bung Sumbang Kurma Kepada Agensi Kerajaan Daerah Kinabatangan

bung.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Sempena bulan Ramadan ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin menyerahkan sumbangan berupa buah kurma kepada pegawai serta kakitangan yang beragama Islam di agensi kerajaan daerah Kinabatangan.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah sebelum ini turut menyerahkan sumbangan kurma kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag ini yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan tidak melupakan agensi dan kakitangan kerajaan di kawasan Kinabatangan dengan mengamanahkan kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar bagi melakukan penyerahan buah kurma terbabit.

Abu Bakar menyerahkan sepuluh kotak buah kurma kepada Pejabat Daerah Kinabatangan yang diterima oleh Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan Halidun Salleh sebelum diagih-agihkan kepada pegawai dan kakitangan.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, beberapa agensi kerajaan lagi di daerah Kinabatangan akan diserahkan buah kurma.

Beliau berkata, sambutan bulan Ramadan kali ini juga amat berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya ekoran kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa daerah di Sabah bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Abu Bakar berharap, agar semua lapisan masyarakat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Kita perlu sentiasa membiasakan diri dengan kehidupan norma baharu dengan sentiasa memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pencegah kuman,” katanya.

Beliau berkata, menerusi norma baharu ini rakyat dapat melindungi diri, keluarga, warga emas dan kumpulan-kumpulan rentan daripada dijangkiti COVID-19. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top