Bung Setuju DUN Sabah Bersidang Semula

Bung-3.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin bersetuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka semula bagi  mengadakan persidangan, sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Katanya, kerajaan GRS  sentiasa mengalu-alukan pandangan kerajaan dan pembangkang dalam mendepani cabaran Covid-19 dan lain-lain isu  rakyat termasuklah soal pembangunan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat  yang terjejas ekoran penularan virus Covid-19 di negeri ini

“Saya bersetuju agar sidang DUN Sabah diadakan bagi memberikan peluang dan ruang kepada ahli-ahli yang berhormat berbincang dan membahaskan pelbagai isu terutamanya berkaitan  usaha untuk menangani penularan Virus Covid-19 di negeri ini,

“Walau bagaimanapun ia perlu dilaksana dengan pematuhan  Prosiduer Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan ,” katanya ketika di hubungi di sini.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media  Adun Luyang  Phoong Jin Zhe yang meminta kerajaan negeri untuk mengadakan persidangan DUN Sabah.

Menurut Bung Moktar Kerajaan GRS merupakan kerajaan yang toleran dan bersedia menerima pandangan dari semua pihak termasuk pembangkang .

“Persidangan ini penting memandangkan negara termasuk di Sabah  kita berhadapan dengan situasi yang mencabar  berkaitan pandemik COVID-19 serta masalah ekonomi yang terjejas ketika ini,” katanya.

Bung berkata sudah tentu persidangan DUN nanti akan memberikan peluang kepada semua wakil rakyat membahaskan isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat  dengan mengenepikan idelologi politik  bagi mencari jalan keluar dari  krisis yang dihadapi oleh negara dan rakyat ketika ini.

Sementara itu media, termasuk Sabah Gazette melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam kenyataan petang ini menyatakan Sabah bersedia mengadakan sidang DUN pada bila-bila masa jika situasi mengizinkan.

Untuk rekod persidangan terakhir DUN Sabah pada bulan Disember tahun lepas.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top