Bung Rayu Putrajaya Salurkan Vaksin Sumbangan China Ke Sabah

vaksin-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyalurkan bantuan Vaksin Sinovac sumbangan dari negara China kepada Sabah agar program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini dapat dteruskan dan  berjalan dengan lancar

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu perlu diberikan pertimbangan oleh Putrajaya bagi memenuhi keperluan (PICK) yang sedang berjalan di negeri ini.

“Kita masih memerlukan vaksin tambahan ekoran kerancakan pemberian vaksin di bawah PICK yang sedang berjalan rancak di seluruh daerah ketika ini, kita perlu bersedia awal agar bekalan vaksin sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat yang masih ramai belum menerimanya khususnya di kawasan luar bandar,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  media  Menteri Luar Datuk Seri Hishammudin Hussein pada Rabu  tentang kesediaan China dan juga Jepun menyumbang vaksin kepada Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut Hishammudin menyatakan hasrat China menyumbang 5,000 dos vaksin Sinovac-Cornovac kepada rakyat negara ini seperti dimaklumkan Menteri Luar negara itu Wang Yi.

Selain itu Jepun juga melalui  kenyataan Menteri Luar  Motegi Toshimitsu sedia menyumbangkan vaksin keluaran AstraZeneca yang dikilangkan di Jepun kepada Malaysia.

Menurut Bung sumbangan 5,000 dos vaksin Sinovac-Coronovac ini perlu dihantar terus ke Sabah di mana ianya sesuai digunakan untuk pemberian PICK khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Bung berkata walaupun PICK berjalan rancak ketika ini, namun tidak dinafikan masih ramai di kalangan penduduk di negeri ini di luar bandar dan kawasan pedalaman belum menerimanya atas faktor komunikasi dan kurang kefahaman tentang kebaikan mengambil vaksin.

“Melalui jentera kerajaan yang ada termasuk pemimpin peringkat akar umbi seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPKK) perlu digerakan  secara lebih proaktif bagi memberikan penerangan tentang  kebaikan mengambil vaksin di samping  mendaftarkan komuniti setempat sebagai penerima.

Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag itu menyakini program  vaksinasi merupakan satu-satunya  jalan keluar “exit strategy”  bagi mengawal penularan  wabak COVID-19 di negara ini dan segala sektor terutamanya sektor ekonomi boleh digerakkan.

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top