Bung Pulang Ke Kampung Halaman, Ziarahi Pusara Ayahanda

bung-1.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

SANDAKAN: Seperti kelazimannya saban tahun apabila bulan Ramadan tiba, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin akan meluangkan masanya untuk ziarah ke kampung kelahirannya, Kampung Bilit Kinabatangan.

Bagaimanapun, susulan pandemik COVID-19 dua tahun lepas, beliau tidak berpeluang balik ke kampung halaman seperti biasa.

Tahun ini apabila negara memasuki era endemik peluang yang ada digunakan sebaiknya untuk melaksanakan semula program ziarah itu.

Ziarah beliau bukan sekadar bertemu saudara-mara dan penduduk kampung namun kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi makam Almarhum ayahanda beliau Haji Radin Haji Yatim yang dikebumikan di kampung itu.

“Alhamdulillah tahun ini apabila peralihan ke era endemik saya berpeluang balik ke kampung halaman menziarahi saudara mara dan rakyat di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Selain berbuka puasa, solat maghrib dan isyak Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan kanak-kanak di kampung tersebut.

Sebelum bertolak ke Kinabatangan, Bung bersama rombongan sempat singgah membeli juadah berbuka dan beramah mesra dengan peniaga di bazar Ramadan Pekan Kota Kinabatangan.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top