Bung Pertahan Ongkili Daripada Kritikan Warganet

bung-3.jpg

KOTA KINABALU, 22 Ogos -- Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO di sini hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili yang dikritik Ahli Parlimen dan warganet berhubung ‘layanan diskriminasi’ Putrajaya terhadap dua negeri itu, demikian lapor FMT.

Menurut portal berita itu warganet melabel Ongkili sebagai “pro-Putrajaya” dan “pengkhianat” susulan peringatannya diberikan terhadap Ahli Parlimen Sepanggar daripada Warisan Datuk Azis Jamman dan Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan daripada STAR supaya jangan mempolitikkan isu pembangunan di Sabah dan Sarawak hingga “menggugat keamanan negara”.

Bung berkata: “Apa yang beliau katakan itu tepat, yang mana kita sebagai pemimpin atau rakyat biasa mesti berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai bagaimana ingin bersama-sama membangunkan Sabah dan Sarawak.

Katanya kepada FMT, mengecam kerajaan atau menggunakan “kaedah lain” tidak akan membawa hasil yang dimahukan.

“Apabila penduduk Sabah ke luar negara, mereka tidak akan mengatakan mereka dari Sabah tetapi Malaysia. Sebab itu saya bersetuju dengan apa yang dikatakan menteri (Ongkili),” kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top