Bung Moktar dakwa syabu dijual macam pisang goreng di Sabah

Bung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa dadah jenis syabu dijual macam pisang goreng di Sabah dan boleh didapati dengan harga serendah RM30.

Malaysiakini memetik Bung Moktar sebagai berkata, situasi itu adalah sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani dengan secara tuntas dan harian bagaimana dadah itu begitu mudah boleh diperolehi.

“Syabu ini dadah tegar. Di Kinabatangan ada, di Kota Kinabalu ada.

“Dadah jenis syabu ini, saya pernah katakan macam menjual pisang goreng. Di semua penjuru boleh dapat, RM30 boleh dapat, saya pun harian dari mana datangnya benda ini,” kata beliau ketika membahaskan pindaan Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 secara sistematik dan menyeluruh.

Berita penuh di: Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top