Bung Minta JPKK Sediakan Profil Kampung Bagi Mudahkan Kerajaan Salur Bantuan

bung-3.jpg

KOTA KINABALU, 22 Ogos -- Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO di sini hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu setiap kampung khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang beliau wakili, mempunyai profil kampung masing-masing.

Katanya, perkara itu amat penting bagi memastikan kerajaan serta wakil rakyat termasuk pemimpin akar umbi dapat menyalurkan sebarang bentuk bantuan bagi memenuhi keperluan rakyat dari aspek pembangunan dan keselamatan termasuklah kebajikan dan lain-lain perkara.

Justeru, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap kawasan khususnya di DUN Lamag perlu menyediakan satu profil yang terkini dan semasa bagi memudahkan kelancaran pelaksanaan keperluan termasuklah dasar-dasar kerajaan.

“Saranan ini bukan perkara baharu namun sebagai peringatan kepada mereka supaya bertindak lebih proaktif. Pemimpin akar umbi harus mempunyai data terkini yang dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan, ” kata Bung.

Jelas Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, profil terkini itu bukan sahaja berupaya mengenalpasti bilangan golongan sasar yang tepat tetapi juga pada masa sama memudahkan pihak lain tampil membantu seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal termasuklah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Setakat ini saranan saya bagi kawasan DUN Lamag mendapat maklum balas yang positif dari JPKK di kawasan ini dan usaha ini akan diperluaskan lagi ke kawasan Parlimen Kinabatangan demi manfaat rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Lamag Abu Bakar Gapar ketika ditemui berkata sebanyak 19 daripada 24 buah kampung di DUN itu telah pun menyediakan profil kampung mereka masing-masing.

“Hari ini bagi menyahut saranan Bung, kita telah menyerahkan sebanyak 19 buah profil kampung sementara lima buah kampung masih belum mengemukakan profil kampung mereka dan berharap ianya akan diambil tindakan segera oleh JPKK yang terlibat, ” katanya ketika menyerahkan profail kampung bagi DUN Lamag di Pejabat Daerah Kinabatangan kelmarin.

Penyerahan tersebut di terima Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Kinabatangan, Halidun Salleh yang turut disakikan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kinabatangan Willy Lampaki; Penyelia Pembangunan Masyarakat DUN Lamag Shopian Nasir; Pemaju Mukim Bukit Garam, Zalina Zalmi Wong dan Pemaju Mukim Kota Kinabatangan, Jainol Ahmad.

“Saya berharap bagi kampung kampung yang belum menyerahkan profil kampung agar dapat mengambil tindakan segera dan mengemukakan kepada pejabat Daerah dan juga ke pejabat UPPM DUN Lamag,” tambah Abu Bakar.


Kongsi Bersama

1 Reply to “Bung Minta JPKK Sediakan Profil Kampung Bagi Mudahkan Kerajaan Salur Bantuan”

  1. Zaliah says:

    Satu ja saya mau komen.kenapa bantuan di sabah pilih kasih.dari pkp pertama lagi bantuan bakul makanan ssh mahu dpt tp di umum bantuan bakul makanan juta2 sda di salur dengan rakyat sabah.tapi apa pun tiada.byk yg wakil2 dari kampung agih bantuan pilih kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top