Bung Gesa Pantau Infrastruktur Pasca Banjir

train.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta semua jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR)  khususnya di daerah yang terlibat dengan musibah banjir agar bersiapsiaga memantau keadaan  pasca banjir.

Katanya selepas banjir kemungkinan besar boleh berlaku beberapa perkara antaranya  jalan runtuh,   jambatan dihanyutkan atau runtuhan tanah ekoran banjir dan hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

“Beberapa daerah di negeri ini seperti di Keningau, Tenom, Kemabong dan Beaufort terlibat dengan banjir besar ekoran hujan berterusan di mana ia boleh menyebabkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan khususnya di bawah kendalian JKR akan berhadapan dengan kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bung Moktar

Menurut Menteri Kerja Raya itu semua ini tidak mustahil  akan berlaku sebagaimana kejadian yang berlaku di daerah Pitas baru-baru ini, selepas banjir banyak jalan raya terputus,rosak dan jambatan dihanyutkan banjir, justeru menjadi tanggungjawab pihak JKR untuk memantau perkara ini  agar tidak menjejaskan kehidupan masyarakat setempat.

“Semua jurutera daerah yang terlibat perlu turun padang bagi memantau keadaan ini, mana-mana kerosakan yang boleh kita perbaiki segara kita perlu laksanakan sementara kerosakan besar yang melibatkan kos pembaikan yang tinggi laporan segera perlu dikemukakan ke ibu pejabat bagi memohon peruntukan dari kerajaan untuk memperbaikinya,” tambah beliau.

Dalam pada itu  Bung  meminta mereka yang terjejas dengan banjir agar sentiasa berwaspada dan mendengar nasihat dari pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat penempatan sementara jika keadaan banjir semakin buruk .

Menyifatkan keadaan banjir seperti yang berlaku di Tenom,Kemabong dan Beaufort sebagai banjir terbesar tahun ini Bung berkata keselamatan penduduk perlu diutamakan dan kesemua Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) telah diaktifkan dan segala bantuan sewajarnya kepada mereka yang terjejas  turut  disalurkan.

“Paling utama selamatkan dokumen-dokumen penting dan apabila berada di pusat penempatan sementara perlu patuh pada Prosedur Operasi Standrad (SOP) bagi terus mengekang penularan Covid-19,’ katanya.

Semantara itu Bung berkata perkhidamatan kereta api antara Kota Kinabalu, Beaufort dan Tenom turut terjejas ekoran landasannya dinaiki air di  beberapa lokasi menyebabkan kereta api tidak boleh beroperasi.

Sambil  meminta mereka yang terjejas bersabar dan tabah menghadapi ujian bencana banjir ini, Bung berkata kerajaan akan menyalurkan bantuan yang perlu kepada mereka.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top