Bung Gesa Kerajaan Persekutuan Iktiraf JKR Sabah Sebagai Jabatan Teknikal dan Bertauliah

Bung-2.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Pusat agar mengiktiraf Jabatan Kerja  Raya Sabah sebagai jabatan tenikal yang bertuliah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri  Sabah berkata negara telah merdeka selama 64 tahun  jadi adalah sesuatu yang tidak masuk akal Jabatan Kerja Raya yang mempunyai sekian ramai jurutera bertuliah serta  berpengalaman dalam bidang tenikal tidak mendapat pengiktarafan dari kerajaan Pusat.

“Saya mahu perkara ini dilihat oleh kerajaan Pusat, Menteri Kerja Raya  datangnya dari Sarawak jangan hanya tumpu di Sarawak, begitu juga Timbalan Menteri dari Sabah  diharapkan akan memperjuangan perkara ini,“ katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertua Agung di Dewan Rakyat kemarin.

Menurut Bung masalah akan timbul apabila projek-projek yang dikendali dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya persekutuan bermasalah atau terbengkalai dan pihak JKR negeri tiada kuasa  untuk membuat pemantuan .

“Ini merupakan satu masalah apabila kita tidak diberikan peranan dan pengiktirafan, jika ada projek kerajaan persekutuan di bawah kendalian JKR terbengkalai kita tidak dapat berbuat apa-apa, kita biarkan rakyat marah dan  yang  menerima kesan  kerajaan negeri dan rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berharap di bawah Konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub Sabah akan mendapat perhatian yang lebih dari segi agihan projek pembangunan.

“Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan peruntukan untuk pembinaan lebuh raya Pan Borneo, sebaik BN tewas dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, peruntukan itu dipotong menyebabkan pelaksanaan projek tersebut terbengkalai dan Sabah berhadapan dengan pelbagai masalah banjir kilat, tanah dan jambatan runtuh kerana sistem jalan raya tidak teratur,” tegas Bung.

Menurut Bung bagi memastikan pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo ini dapat diteruskan, kerajaan negeri telah pun bersetuju untuk melaksanakanya secara inisiatif pembiayaan swsata (PFI) dan permohonan telah dikemukan kepada kerajaan pusat.

“Kita berharap kerajaan pusat khususnya kementerian kewangan akan meluluskan permohonan ini secepat mungkin untuk kita memulakan beberapa pakej yang sudah ditetapkan, rakyat Sabah sudah lama mengimpikan kemudahan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik dan sempurna,” katanya.

Bung menambah semasa kerajaan BN memerintah pelbagai projek pembangunan telah diluluskan untuk dilaksanakan di negeri Sabah antaranya pembesaran lapangan terbang Sandakan dan Tawau bagaimanapun setelah kerajaan PH mengambil alih kerajaan peruntukan tersebut dipotong.

“Inilah masalah politik dendam yang menjadi amalan PH akhirnya yang menjadi  mangsa rakyat,” katanya.

Bung berkata adalah menjadi harapan rakyat Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia MA63 agar kerajaan Pusat lebih saksama dalam menyalurkan peruntukan pembangunan  dalam Rancangan Malaysia Ke -12 (RMK-12)  untuk kepentingan rakyat Sabah.

“Terdapat jurang besar dalam pembangunan  di Sabah berbanding di negeri lain di Semenanjung Malaysia, jadi kita (rakyat) Sabah tidak mahu segala pengumuman hanya sekadar  retorik sebaliknya mahu ditunai selaras dengan perjanjian MA63,“ tegas beliau.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top