Bung Fokus Tingkat Kemudahan Asas Di Sabah Dalam Tempoh 5 Tahun

bung-2.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Menteri Kerja Raya Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar Radin akan memberi fokus kepada meningkatkan kemudahan asas untuk rakyat di negeri ini dalam tempoh lima tahun.

“Sabah telah menghadapi masalah jalan raya, elektrik dan air selama bertahun-tahun dan saya telah menetapkan fokus utama saya untuk mencari jalan keluar untuk menyelesaikan permasalahan ini untuk kemajuan semua rakyat Sabah,” katanya.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 tidak mahu menyalahkan siapa-siapa dalam perkara ini termasuk kerajaan terdahulu tetapi sudah tiba masanya untuk dia meningkatkan kemudahan asas kepada rakyat.

“Saya tidak akan menggunakan jari tetapi sebaliknya memberi keutamaan untuk mengatasi masalah ini sehingga rakyat Sabah dapat menikmati kemudahan asas ini setanding dengan tempat lain,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan, kelmarin.

Mengenai masalah air di Sandakan, Bung Moktar memberitahu dia sendiri telah kaji selidik di mana loji air di Segaliud terdapat tiga enjin memproses air bersih untuk dibekalkan ke Sandakan.

“Satu enjin telah mengalami kerosakan dan sedang diperbaiki. Ini dijangka siap dalam minggu depan,” katanya.

Beliau berkata pada keseluruhan di Sabah mengenai masalah air bersih di mana memang kita menghadapi masalah yang sama dan setiap tahun Jabatan Air Sabah mengalami kerugian RM300 juta.

“Saya tidak mahu lagi perkara ini berlarutan sebegini, saya tengah mencari jalan penyelesai dan termasuk memkorporatkan air di Sabah ini supaya rakyat boleh menerima air bersih serta kerajaan tidak lagi menanggung kerugian,” katanya. –Utusan Borneo

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top