Bung digugur jawatan Ketua UMNO Sabah hanya dakwaan tidak berasas

Bung-Moktar.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Cakap-cakap mengatakan Datuk Seri Bung Moktar Radin bakal digugurkan dari jawatan Ketua UMNO Sabah dan digantikan dengan orang lain adalah tidak benar dan tidak berasas.

Demikian kata Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed.

Menurut The Star, Jeffrey membuat penafian itu ketika dihubungi pada Khamis.

“Ada pihak tertentu yang mempunyai agenda politik sendiri menyebarkannya untuk menggugat kestabilan UMNO di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, UMNO Sabah bersatu padu dan mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Bung Moktar.

Beliau menambah Bung Moktar telah berjaya mengukuhkan UMNO negeri selepas Barisan Nasional kehilangan kerajaan negeri pada 2018.

“Apabila pemimpin UMNO ketika itu berpaling tadah kepada parti lain, Bung Moktar terus kekal bersama parti dan bekerja keras untuk UMNO sehingga berjaya kembali ke dalam kerajaan pada pilihan raya negeri 2020.

“Kami UMNO Sabah menyokong penuh Bung Moktar untuk meneruskan kepimpinannya di negeri ini. Tiada pertikaian mengenainya.

“Mungkin ada segelintir orang yang mempunyai agenda peribadi yang cuba menimbulkan masalah.

“Mereka menyebarkan khabar angin untuk kepentingan politik mereka sendiri,” katanya sambil menambah bahawa di bawah kepimpinan Bung Moktar, UMNO Sabah kini memberi tumpuan untuk menawan negeri ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top