Bung Ajak Rakan-Rakan Seangkatan Era Pemuda UMNO Sama-Sama Majukan Sabah

Bung1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak rakan-rakan yang menjadi ketua Pergerakan Pemuda Umno sezaman dengan beliau memberi sumbangan kepada usaha membangunkan negeri ini.

Beliau berkata sokongan daripada mereka penting dalam usaha kerajaan baharu di bawah  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membangunkan negeri ini selaras dengan slogan “Sabah Maju Jaya”.

“Sekarang masa untuk kita sama-sama membina negeri dan kerajaan mempunyai hala tuju yang jelas ke arah itu,” katanya dalam satu majlis bersama ketua-ketua Pemuda UMNO seangkatannya pada awal 1990-an.

Bung yang juga Ketua UMNO Sabah Menteri berkata  rakan-rakan seperjuangan dalam kepimpinan Pemuda Umno sebelum ini merupakan pemimpin terdekat akar umbi terdiri dari golongan profesional ,ahli perniagaan malah ada bekas wakil rakyat sudah tentu lebih memahami aspirasi rakyat yang mengharapkan pembelaan daripada segi pembangunan dan kesejahteraan kehidupan.

“Jika semua rakyat bersatu termasuk rakan-rakan dalam kepimpinan Pemuda UMNO sebelum ini dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing masa depan negari sudah tentu boleh diubah.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata masanya telah tiba untuk semua pihak berganding bahu memajukan Sabah.

“Kita ketepikan cerita politik, kerajaan hari ini lebih melihat ke hadapan untuk membangunkan negeri ,setiap pemimpin mempunyai aspirasi yang sama untuk memajukan negeri ini justeru sebagai pemimpin dalam kerajaan saya mengamalkan pintu terbuka untuk mendengar segala pandangan dan cadangan positif yang boleh membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat,” tambah Bung.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top