Bung Agihkan ‘Test Kit’ RTK Kepada Pekerja Di Bawah KKRS

bung.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU: Bagi memastikan kesihatan serta keselamatan kakitangan di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) bebas dari jangkitan Virus COVID-19 semasa menjalankan tugas,  Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin bermurah hati menyampaikan sumbangan ‘test kit’ RTK kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian tersebut.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya sumbangan tersebut bertujuan memberikan kemudahan kepada kaki tangan jabatan terlibat  untuk membuat ujian saringan sendiri sebelum mereka memasuki dan memulakan tugas di pejabat.

“Sumbangan ini memberikan kemudahan kepada kakitangan membuat ujian saringan sendiri sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan mereka sehat dan  bebas daripada jangkitan virus Covid-19 sebelum mereka hadir dan  menjalankan tugas di pejabat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di  pejabat beliau kemarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap KKRS Mohd Jasmin Juplin dan ketua-ketua jabatan di bawah KKRS.

Bung menambah kata, ujian saringan yang dilakukan sendiri  oleh kaki tangan yang terlibat  turut   memberikan keyakinan mereka bebas dari jangkitan Virus COVID-19  untuk  melaksanakan tugas di samping dapat  meningkatkan kehadiran kakitangan di pejabat untuk bertugassemasa penularan pandemik ini.

“Jika sebelum ini kita menggalakkan 30 peratus kakitangan hadir ke pejabat berkerja secara bergilir-gilir, mungkin selepas melakukan ujian sediri, jumlah  kehadiran kaki tangan dapat kita tingkatkan bagi menggalakan produktiviti  tugas-tugas seharian  di pejabat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kadar pemberian vaksin COVID-19 di negeri ini yang masih rendah berbanding di lain-lain negeri, Bung yakin menjelang akhir bulan September ini  kadar vaksinasi di negeri ini akan mencapai lebih dari sasaran 60 peratus.

Keyakinan itu, katanya, berdasarkan kesungguhan  kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan tumpuan khusus bagi membantu Sabah  mengekang penularan pandemik COVID-19 di negeri ini, termasuk dengan memberikan bantuan untuk menambah kemudahan kesihatan di beberapa buah hospital di negeri ini.

Menteri Kesihatan Khaiiry Jamaluddin semasa sidang media ketika  lawatannya ke Sabah pada Rabu, telah mengumumkan penghantaran 2.8 juta dos vaksin pada bulan ini ke Sabah bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan kadar vaksinasi harian.

Selain itu Khairy turut memaklumkan penghantaran  peralatan perubatan tambahan antaranya adalah 480 unit silinder oksigen, 24 buah kotak ‘oxygen regulator dan lima buah kotak ubat-ubatan Covid-19.

Bung juga turut bersetuju agar kaedah pemberian vaksin secara ‘mobile outreach program’  diperbanyakan di negeri ini berdasarkan faktor geografi  di mana kebanyakan penduduk khususnya di luar bandar dan pedalaman negeri ini sukar keluar untuk ke Pusat  Pemberian Vaksin (PPV) disebabkan faktor perhubungan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top