Bumburing Letak Jawatan Timbalan Presiden PCS

Bumburing.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) pada Rabu.

Beliau membuat pengumuman itu semasa pertemuan dengan penyokongnya di Dewan Damit Tenghilan.

Pertemuan itu adalah untuk menjelaskan penghijrahan sekumpulan pemimpin-pemimpin KDM dari PCS baru-baru ini.

Kira-kira 200 pemimpin cawangan dan pusat daerah mengundi PCS menghadiri pertemuan tersebut.

Dalam ucapannya, Bumburing berkongsi pandangannya mengenai perkembangan politik terkini dan menjelaskan bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai rancangan masa depannya selepas perbincangan menyeluruh dengan penyokongnya.

Bumburing menjelaskan, ramai yang ingin menghadiri pertemuan itu tetapi berikutan SOP yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19, bilangan yang dijemput terpaksa dihadkan.

Turut hadir beberapa bekas ahli majlis tertinggi PCS yang keluar parti termasuk Datuk Ewon Ebin dan Datuk Kalakau Untol.

Pada 17 Disember, Ewon mengetuai beberapa ahli Majlis Tertinggi PCS yang dipilih semasa Perhimpunan Agung Dwitahunan parti pada Julai 2020 untuk meletakkan jawatan daripada parti.

Ewon dalam satu kenyataan berkata mereka telah mendapat tekanan daripada ahli parti dan penyokong akar umbi yang ingin mengetahui hala tuju parti.

“PCS mengalami nasib buruk semasa Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini. Sejak itu, tiada komunikasi dan mesyuarat parti di kalangan ahli majlis tertinggi semasa, jawatankuasa bahagian dan sayap Pemuda dan Wanita parti,” dakwanya. – Borneo Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top