Bulan Sabit Merah Sabah kumpul 9,371 pain darah

bulan-sabit.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah  berjaya mengumpul 9,371 pain darah sepanjang tahun 2021.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Rose Nani Mudin, berkata ia merupakan pencapaian tertinggi dan sangat membantu JKNS dalam usaha menangani masalah keperluan bekalan darah di seliruh hospital di Sabah.

“Penglibatan BSMM dalam membantu JKNS bukan sahaja terhad dalam program derma darah dan karnival kesihatan, tetapi juga dalam vaksinasi Polio.

“Selain itu, usaha berterusan BSMM dengan kerjasama badan-badan berkanun, NGO, dan semua persatuan di Sabah dalam menganjurkan program derma darah juga amat penting bagi membantu rakyat Sabah yang memerlukannya,” ujar beliau ketika berucap melancarkan Program Kempen Derma Darah dan Karnival Kesihatan anjuran Lions Club Region 7 dengan kerjasama BSMM di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rose Nani juga mengalu-alukan penganjuran program derma darah seperti ini terutamanya dalam keadaan berdepan dengan pandemik COVID-19 untuk menyelamatkan nyawa.

Beliau juga berharap semua masyarakat Sabah tidak kira bangsa dan agama untuk turun dan tampil ke hadapan menderma darah bagi membantu pesakit yang sangat memerlukan darah di hospital.

Program selama dua hari yang mensasarkan 500 pain darah itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Permai Polyclinic, C Optometrist, Pearl Hearing,Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Kompleks Asia City.

Antara yang hadir, Pengerusi BSMM, Datuk Asnan Yunus Chung, District Governor Lions Club, Lydia Lu dan Pengerusi Penganjur Kempen Menderma Darah dan Saringan Kesihatan, Jason Hing.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top