Bukan Semua Polis Bermasalah Dipindahkan ke Sabah, Sarawak – Hamzah

hamzah.jpg
Kongsi Bersama

SELAMA: Dakwaan pegawai polis yang bermasalah dipindahkan hanya ke Sabah dan Sarawak adalah tidak benar.

Sebaliknya, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ada juga di antara mereka turut dipindahkan negeri-negeri lain di seluruh negara.

Menurut beliau, jumlah golongan berkenaan yang ditangkap adalah ramai dan mereka diagihkan-agihkan ke seluruh negara.

atalah kita ada 13 orang, jadi semua negeri ada, kita akan hantar Sabah, kita akan hantar Sarawak, hantar Johor, semualah.

“Semua ini kita pusing-pusingkan, ada ke Sabah, bukan tak ada, saya tak mahu kata yang salah ni kita tak hantar ke Sabah, kita tak hantar ke Sarawak, itu tak betul sebab yang kita tangkap tu ramai, yang melakukan kesalahan juga ramai.

“Jadi kita pusing-pusingkan mereka di tempat-tempat yang tertentu. Tak adil kalau kita katanya hanya kita letakkan di Sabah, tidak. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak saja, ada juga di tempat-tempat lain,” kata Hamzah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Komuniti Bebas Jenayah Dan Dadah di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, di sini, pada Sabtu.

Minggu lalu kerajaan Sabah memandang serius berhubung isu pemindahan anggota polis bermasalah ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memaklum dan berbincang dengan beliau sebagai Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan itu dilaksanakan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top