Kita pernah beri sokongan
menumpah sepenuh kesetiaan
tanpa soal dan ragu
menjadi fixed deposit
yang tidak dibayar faedahnya.
Namun ia tetap bukan rumah kita
tertubuhnya parti itu
atas falsafah, keringat dan darah orang lain
bukan atas semangat Antanom, Sharif Osman dan Mat Salleh!
bukan atas prinsip politik OKK Sedomon
atau kegigihan perjuangan merdeka
Donald Stephen dan Tun Mustapha
jauh sekali membawa aspirasi kaum pribumi
di Pedalaman dan pesisir pantai.
Sekian lama kita telah menempel
dalam falsafah yang jauh berbeza
malah kerap bercanggah
ketika kita tuntut MA63
lalu dijawab dengan jeritan
Ketuanan bangsa mereka!
Kita tetap menumpang
dan tidak relevan dalam falsafah
Ketuanan Melayu!
Musli Oli
9.51am Jumaat
Restoran Pak Mus
3.3.2023
Komen