Budak Merajuk Lari Ke Hutan Ditemui Selamat

hutan.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun yang melarikan diri ke hutan di Kampung Dudar di sini, semalam, ditemui selamat.

Aliesah Aslan, ditemui penduduk kampung, sejauh 400 meter dari kediamannya tanpa sebarang kecederaan, kira-kira 9.30 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, pada 7.54 pagi semalam.

Katanya, 13 anggota termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bergegas ke lokasi dengan satu kenderaan utiliti pacuan empat roda dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Selepas memastikan tiada kecederaan serius, mangsa seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga.”

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan 10.30 malam,” katanya dihubungi, hari ini.

Terdahulu, berlaku perselisihan faham antara kanak-kanak itu dengan ahli keluarganya pada Ahad lalu.

Akibatnya, kanak-kanak yang merajuk itu terbabit keluar dari rumah dan kembali pada 3.30 pagi semalam, sebelum melarikan diri semula ke hutan sebaik mendapati terdapat ahli keluarga lain di rumahnya.

Operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

 

Sumber: BHarian

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top