Budak 10 tahun antara empat ditahan dalang kes samun di KK

budak-samun.jpg

Dua daripada empat suspek yang ditahan di hadapan sebuah restoran Jalan Tugu Kampung Air, Kota Kinabalu. FOTO PDRM

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun adalah antara empat lelaki warga asing yang ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu kerana  dipercayai dalang kes samun di sekitar bandar raya ini.

Menurut HMetro keempat-empat suspek berusia 10, 24, 24 dan 28 tahun ditahan dalam serbuan di Jalan Segama dan Jalan Tugu, Kampung Air.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, dengan penahanan keempat-empat suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan beberapa kes samun di kawasan tumpuan pelancong di bandar raya ini.

“Tangkapan itu susulan laporan kes samun oleh seorang warga China yang menyebabkan mangsa kehilangan wang tunai dan beberapa barang berharga, pada 30 Disember lalu.

“Hasil siasatan polis menahan dua lelaki di Jalan Labuk, Segama, di sini, pada 13 Januari lalu dan beberapa barang disyaki hasil kegiatan samun turut dirampas.

“Turut dirampas dua bilah pisau, pemutar skru dan tukul yang digunakan oleh suspek,” katanya ketika dihubungi HMetro semalam.

Jauteh berkata, hasil risikan dan pemantauan, polis menahan dua lagi lelaki termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun dalam serbuan di Jalan Tugu Kampung Air, jam 5.20 petang, Ahad.

“Semua suspek yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat,” katanya.

Mengulas mengenai kebimbangan masyarakat susulan kejadian samun khususnya di kawasan tumpuan pelancong, Jauteh berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi cegah jenayah dan siasatan sehingga penjenayah dapat ditangkap.

“Operasi bersepadu secara berterusan dijalankan membabitkan pegawai dan anggota dari pelbagai unit di kawasan ‘hotspot’ khususnya di kawasan tumpuan pelancong di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top