Buaya ‘gergasi’ ditangkap di Tuaran

buaya-1.jpg

Tangkap layar buaya yang ditangkap di Kg Dungun, Tuaran.

Kongsi Bersama

TUARAN: Seekor buaya sepanjang 3.6m (12 kaki) berjaya ditangkap selepas mengambil umpan pada tali pancing yang dipasang di kawasan sungai di Kampung Dungun, di sini, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Roland Oliver Niun berkata, tangkapan dibuat pada jam 11 pagi selepas reptilia itu memakan umpan ayam yang diletakkan pada tali pancing.

Menurut beliau, pihaknya menerima aduan dari seorang penduduk Kg Dungun mengenai kehadiran seekor buaya di kawasan tempat tinggalnya.

“Sebaik menerima aduan tersebut pihak petugas JHL bergegas le lokasi kejadian dan bertindak memasang pancing buaya di tempat pengadu,” katanya.

Tambahnya, usaha itu berjaya menangkap buaya itu seperti yang dilaporkan penduduk setempat.

“Petugas JHL berjaya menangkap seekor buaya seperti yang diadu oleh pengadu dengan cara menembak buaya tersebut atas sebab keselamatan kerana buaya tersebut bertindak agresif terhadap petugas JHL.

“Seterusnya buaya berukuran lebih kurang 12 kaki panjang itu dibawa untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media semalam.

Sebelum ini, dua video tular berdurasi 37 dan 22 saat menunjukkan seekor buaya dimuatkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda dipercayai dari sebatang sungai di Tuaran.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top