KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu berjaya membunuh seekor buaya “gergasi” yang disyaki mnembaham seekor lembu di Felda Sahabat, Blok 25, Sahabat 9, di sini pada Isnin.
Pegawai Hidupan Liar Silvester Saimin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang petani yang mendakwa buaya telah membaham salah seekor lembunya.
Bertindak atas aduan kakitangan JHL Lahad Datu bergegas ke lokasi dan mendapati seekor buaya berada di kawasan anak sungai kecil.
Keputusan diambil untuk membunuh buaya itu bagi melindungi keselamatan penduduk dan haiwan ternakan di kawasan tersebut.
“Dua das tembakan telah dilepaskan pada buaya sepanjang 4.42m tersebut dan bangkai haiwan tersebut kemudian dibawa naik ke darat sebelum ditanam untuk pelupusan,” katanya pada Khamis.
Silvester berkata kehadiran buaya itu bukan di habitat sepatutnya kerana ia hanya anak sungai kecil di ladang kelapa sawit.
“Setakat ini, buaya tersebut antara yang terbesar berjaya dikesan di daerah ini dan kehadirannya dibimbangi penduduk setempat,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa mereka percaya buaya itu tinggal di kawasan tersebut kerana ia bukanlah kawasan habitat semula jadi buaya, tetapi sebuah aliran yang merupakan sebahagian daripada anak sungai.
“Ia bukanlah kawasan habitat semula jadi buaya,” katanya, sambil menambah bahawa buaya itu adalah salah satu yang terbesar pernah dibunuh atau ditangkap di daerah tersebut.