Buaya Betina Bersama 55 Telur Ditangkap Di Kebun Penduduk

buaya-1.jpg

Buaya betina ditangkap bersama 55 telur di kawasan kebun Kampung Seberang Benoni, Papar. - Foto ihsan APM

Kongsi Bersama

PAPAR: Seekor buaya tembaga betina seberat hampir 100 kilogram (kg) berjaya ditangkap di kawasan kebun Kampung Seberang Benoni, di sini, semalam.

Menurut BHarian kehadiran reptilia yang sedang mengawasi 55 telur di sarangnya itu disedari pemilik kebun selepas terdengar bunyi mencurigakan ketika sedang memotong rumput.

Pemilik kebun yang terkejut kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Papar untuk memohon bantuan menangkap buaya terbabit.

Pegawai APM Daerah Papar, Leftenan (PA) Abd Razaq@Bensuad Basir berkata, tujuh anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 1.45 tengah hari.

“Pasukan APM mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap buaya terbabit menggunakan peralatan khas bersama 55 biji telur di sarang reptilia terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati buaya terbabit dipercayai dari anak sungai berhampiran kebun pengadu dan repitilia ditangkap itu kemudian dibawa ke pejabat APM Papar sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top