Buaya 150kg Ditangkap Di Kinarut

buaya-kinarut.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Pengguna jalan raya dikejutkan dengan kehadiran buaya yang dilihat berada di tepi parit berhampiran pembinaan Taman Residen Prima, Kinarut pagi semalam.

Bimbang buaya tersebut boleh mengancam keselamatan nyawa penduduk, laporan mengenai kehadiran buaya itu dimaklumkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jurucakap APM berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan buaya itu pada pukul 8.15 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Setelah menerima laporan berkenaan, APM menghantar sepasukan anggota bagi menangkap buaya yang dianggarkan seberat 150 kilogram dengan panjang 4 meter

Anggota bertindak menangkap buaya tersebut menggunakan peralatan yang ada dan buaya itu akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top