Buang Stigma Terhadap Bekas Pesakit Covid-19 – Hajiji

covid-19.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menggesa orang ramai berhenti meletakkan stigma atau menyisih bekas pesakit COVID-19 bagi membantu mereka pulih sepenuhnya, terutama dari segi kesihatan mental.

Katanya, sebagai bekas pesakit COVID-19, beliau sendiri memahami keadaan bekas pesakit yang memerlukan sokongan emosi orang sekeliling.

“Apabila ini berlaku, ada dalam kalangan masyarakat kita punyai fikiran apabila terkena jangkitan virus ini, ia amat berbahaya, sekali gus kawan-kawan ada yang ketakutan dan menjauhkan diri.

“Sebenarnya, mereka yang sudah pulih tidak akan menjangkiti orang lain, saya sendiri jadi pesakit COVID-19 yang pulih, syukur Tuhan beri peluang kepada saya lagi,” katanya dalam temu bual dengan Bernama dan RTM.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai mematuhi SOP bagi mencegah penularan pandemik itu.

Katanya, disiplin dalam kehidupan normal baru perlu dipatuhi seperti sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, mencuci tangan dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Saya sarankan rakyat mengamalkan disiplin baik, namun tidak perlu sehingga menjauhkan diri daripada kawan-kawan atau bekas pesakit COVID-19.

“Kita boleh berinteraksi dengan mereka selagi menjaga SOP, kalau ini kita lakukan, insya Allah kita bebas daripada COVID-19, malah saya sentiasa berharap dan berdoa COVID-19 akan berakhir di Sabah nanti.”


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top